看板 TKU-TIBXM 關於我們 聯絡資訊
【 以下文字轉載自 FoonYew 討論區 】 【 原文由 Tiramisu 所發表 】 This is a good joke in Bahasa Melayu! Murid-murid: Selamat pagi, cikgu. Cikgu:(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu:Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid-murid: Faham, cikgu! Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid-murid: (senyap) Cikgu: Pandai! Murid-murid: Bodoh! Cikgu: Tinggi! Murid-murid: Rendah! Cikgu: Jauh! Murid-murid: Dekat! Cikgu: Keadilan! Murid-murid: UMNO! Cikgu: Salah! Murid-murid: Betul! Cikgu: Bodoh! Murid-murid: Pandai! Cikgu: Bukan! Murid-murid: Ya! Cikgu: Oh Tuhan! Murid-murid: Oh Hamba! Cikgu: Dengar ini! Murid-murid: Dengar itu! Cikgu: Diam! Murid-murid: Bising! Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu: Mati aku! Murid-murid: Hidup kami! Cikgu: Rotan baru tau! Murid-murid: Akar lama tak tau! Cikgu: Malas aku ajar kamu! Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu! Cikgu: Kamu gila! Murid-murid: Kami siuman! Cikgu: Cukup! Cukup! Murid-murid: Kurang! Kurang! Cikgu: Sudah! Sudah! Murid-murid: Belum! Belum! Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid-murid: Sebab saya seorang pandai! Cikgu: Oh! Melawan! Murid-murid: Oh! Mengalah! Cikgu: Kurang ajar! Murid-murid: Cukup ajar! Cikgu: Habis aku! Murid-murid: Kekal kami! Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu: Sudah, bodoh! Murid-murid: Belum, pandai! Cikgu: Berdiri! Murid-murid: Duduk! Cikgu: Saya kata UMNO salah! Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul! Cikgu: Bangang kamu ni! Murid-murid: Cerdik kami tu! Cikgu: Rosak! Murid-murid: Baik! Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.) Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada -- ※ 轉寄:‧大紅花的國度 msia.twbbs.org‧[FROM: 140.112.103.229] -- ※ 發信站: 批踢踢實業坊(ptt.cc) ◆ From: 140.112.103.229
mvicky:哈哈...練一下馬來文 ^^ 12/16 17:25
※ 編輯: mvicky 來自: 140.112.103.229 (12/16 17:45)
thezero:臣又來了 01/05 11:18
thezero: 糸 01/05 11:18